Zaman sekarang, kebanyakan pasangan suami isteri bekerja. Jadi, kadang kala keletihan dan stres mengganggu keharmonian rumah tangga. Betul? Semua orang tidak terkecuali Cik Ta sendiri menghadapi masalah ini. Entri kali ini, Cik Ta nak kongsikan dengan semua pembaca 5 Tips untuk Kekalkan Rumahtangga Bahagia.

Kenapa perlu kekalkan rumahtangga bahagia? Sebabnya, kebahagiaan rumahtangga adalah keutamaan untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup kita. Bila kita bahagia, kita akan bersemangat untuk lebih berjaya dalam kerjaya dan kehidupan seharian. Jadi jom cuba 5 Tips untuk Kekalkan Rumahtangga Bahagia ni.

Tingkatkan Kualiti Ibadah

Tidak kira yang beragama Islam atau beragama lain, jangan sesekali culas dalam meningkatkan kualiti ibadah seharian, kerana apabila kita disiplin dan konsisten mengerjakan ibadah, segala perbuatan dan tindakan kita akan lebih terpelihara. Perasaan tidak puas hati, marah, kurang sabar dan sebagainya dapat dikikis perlahan lahan.

Faham Memahami

Ini sangat penting ya. Isteri atau suami, mesti memahami perasaan pasangan masing masing. Kadang kadang, balik dari kerja, si isteri mula marah marah, si suami pula hilang punca kerana tidak tahu masalah sebenar. Jadi penting untuk si suami cuba mencari sebab ataupun punca si isteri tadi marah marah. Apabila sudah mendapat jawapan kepada persoalan tadi, cuba bantu si isteri menyelesaikan masalah tersebut supaya dia menjadi lebih tenang dan lupakan perasaan marah itu tadi. Begitu juga sebaliknya. Jika si suami tiba tiba marah tanpa tahu masalah sebenar, si isteri juga perlu mencari sebab dan puncanya. Jangan dibiarkan pasangan terus menerus dalam keadaan marah. Tak salah jika kita cuba faham memahami antara satu sama lain.

Komunikasi Secara Terbuka

Ada pasangan yang suka memendam perasaan. Seeloknya, jangan simpan seorang diri, jika ada sebarang persoalan terhadap pasangan, luahkan. Jalinkan keharmonian dalam perhubungan dengan terus berkomunikasi secara terbuka. Elakkan dan sebaiknya jangan sekali kali menceritakan masalah peribadi kita dan pasangan atau keluarga kepada orang lain. Sebaiknya berbincang terus dengan pasangan atau keluarga dan mintalah bantuan kaunseling jika perlu.

Jangan Libatkan Pihak Ketiga

Sebaiknya dan seelok eloknya, selesaikanlah setiap masalah yang timbul antara suami isteri itu secara berbincang antara satu sama lain, kerana jika meminta pendapat pihak ketiga, bimbang nanti akan memburukkan lagi keadaan. Sebagai suami isteri, hanya kita yang tahu dan layak menyelesaikan masalah rumah tangga yang timbul. Akan tetapi, sekadar mendengar nasihat dari pihak ketiga itu tidaklah menjadi kesalahan, cuma keputusan yang dibuat perlulah datangnya dari diri kita dan pasangan itu sendiri.

Rapatkan Hubungan Keluarga

Ini tips paling penting. Seboleh bolehnya, cuba rapatkan hubungan antara kedua belah pihak keluarga supaya kehidupan sentiasa harmoni. Selain dari menambahkan keeratan tali persaudaraan, hubungan baik dengan kaum keluarga juga membolehkan kita menerima pelbagai nasihat agar keharmonian rumahtangga sentiasa terpelihara.

Cik Ta harap, 5 Tips untuk Kekalkan Rumahtangga Bahagia ini dapat membantu pembaca meningkatkan kualiti keharmonian antara suami isteri dan keluarga. Sayangi diri kita, sayangi keluarga kita.

 

Doa Keluarga Bahagia.

 

5 Tips Kekalkan Rumahtangga Bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge