Faktor utama punca jerawat masih tidak dapat dikenal pasti, tetapi antara faktor yang mempengaruhi masalah jerawat memang banyak. Faktor utama adalah keaktifan pembentukan hormon androgen yang berlaku ketika seseorang individu melalui peringkat kematangan.

Pembentukan hormon androgen di dalam badan, disebabkan oleh keaktifan kelenjar minyak yang menghasilkan kuantiti minyak yang lebih banyak dan menyebabkan poriĀ  pori tersumbat. Ketika peringkat kematangan juga, lapisan sel kulit mati mudah tertanggal dengan lebih cepat dan berkemungkinan besar ia akan menyebabkan liang roma tersumbat sehingga menimbulkan masalah jerawat pada seseorang.

Antara faktor lain yang menjadi punca jerawat

  • Penggunaan kosmetik yang berminyak
  • Masalah jerawat disebabkan keturunan
  • Luka yang disebabkan gosokan pada kulit ketika mencuci muka
  • Terlalu terdedah pada cuaca panas terik dan terlalu lembap
  • Terdedah kepada pencemaran udara
  • Cara pemakanan yang kurang nutrisi dan kurang sihat seperti makanan segera dan makanan berminyak.

Itulah beberapa faktor yang menjadi punca kepada timbulnya masalah jerawat yang dapat Cik Ta kongsikan dengan pembaca. Semoga bermanfaat untuk korang.

Jangan lupa, baca entri Cik Ta yang akan datang untuk Tip Rawat Jerawat dengan Betul. Jangan lupa tau.

MENGENALI PUNCA JERAWAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge